Ok, sebenanarnya berkobar-kobar nak start balek sebab nak review satu produk ni. Produk kecantikan , uhuk! Sejak zaman sekolah, first produk yang digunakan untuk cuci muka ialah Clean n Clear, hehe :P
Lama jugak la guna pencuci muka ni dari zaman sekolah sampai lah masuk matrix.
Gambar dari Google. *malasnaktangkapgambar :P
Masa tu memang tak reti la nak tukar2 pencuci muka , tambahan lagi takut juga kalau tumbuh jerawat and muka rosak. Start tukar pun sebab rasa macam pencuci muka ni bau dia macam lain, tatau la kenapa. So, masa belajar di U lah start tukar guna pencuci muka yang lain iaitu NIVEA, "Extra White Repair Pore Minimizer Scrub" .
Ihsan dari Google . Thank you Mr.Google .
First time guna pencuci muka ni, rasa muka bersih sangat2. Muka saya jenis yang minyak dan riang roma pun jelas kelihatan. So masa pakai pencuci muka ni rasa best la sebab muka jadi bersih sangat. Saya ni bukan jenis yang suka pakai cream banyak2 dekat muka, night cream ke ape memang nan hado lah jawabyaaa :) Just guna pencuci muka dan kalau nak mekap baru la guna toner. So ini lah hasilnya :P
Alhamdulillah muka saya tak cerewet, xpernah lagi jerawat tumbuh banyak2 dalam satu masa. Kalau ada pun tgk lah, mungkin sebiji je dalam setahun :P *muahaha...
Tapi baru baru ni, saya pergilah ke giant. Beli ini:
Hasilnya???????
Mungkin lain orang, lain hasilnya. Saya tengok review orang lain ada yang cakap okay. Ada yang cakap kurang okay, disini .
Bagaimana dengan saya? Jwapannya: Masa mula-mula saya cuci muka, rasa macam berangin . *best la. Tapi bila makin lama, muka saya akan rasa panas sangat-sangat. 3 hari lepas pakai pencuci muka ini, kulit muka saya menjadi semakin kasar. *padahal kulit muka saya sebelum ni selembut sutera :/. Perkara macam ni belum pernah terjadi pada saya. Dengan hati yang tenang, saya gunakan juga. Saya berpendapat, "Oh mungkin dia nak bertukar kulit kot jadi makin putih phewwwwwww !! " :/ Punyalah berfikiran positif kan. Then keesokan harinya saya nak keluar dengan umi. Macam biasa pakai lah bedak. Bila saya pakai bedak, kulit saya jelas kelihatan ia seakan mengelupas. Saya tunjukkan dekat umi , then umi suruh berhenti guna Pencuci muka Safi Balqis tu. Katanya mungkin tak sesuai dengan kulit muka saya.
Apa yang boleh saya cakap? SAKIT, SAKIT DAN SAKIT! Kulit muka saya rasa pedih sangat. Betul-betul tak sesuai dengan kulit muka saya. Hari yang sama juga, saya pergi Tesco Puncak Alam yang baru dibuka, saya terus beli pencuci muka NIVEA!! Dengan harapan, kulit muka saya akan baik seperti sebelum ini.
Update terkini: Rasa mengelupas pada kulit muka saya sekarang semakin kurang. Rasa panas pada kulit masih terasa lagi cuma agak kurang berbanding sebelum ini. Tunggu ia pulih sepenuhnya, saya akan update lagi. Ok, tu je. Cuma nak cakap, geram sangat !! :( hemm...
*Next time, tak yah gatal2 tukar produk. Sendiri yang menderita .
Ok Thank You, Bye .




No comments:
Post a Comment