Entry kali ini yang akan saya kupas ialah berkenaan dengan masalah komunikasi. Masalah komunikasi untuk bercakap benar dalam konteks persahabatan.Ada ketika seseorang itu diselubungi serba salah untuk bercakap benar.Samada kerana takut akan dimarahi atau takut apa yang bakal diperkatakan menyinggung perasaan seseorang. Bagi saya, lebih baik bercakap benar daripada "tipu sunat". Gara-gara menipu, ikatan persahabatan yang dibina akhirnya termeterai begitu sahaja. Keadaan akan bertambah teruk apabila sahabatnya itu menipu benda-benda yang penting misalnya ia melibatkan duit sahabatnya, masalah assignment atau apa sahaja yang dianggap penting oleh seseorang itu. Ianya akan berterusan dan menjadi keruh apabila orang yang berbohong itu tidak datang untuk memperbetulkan semula keadaan dan mengakui kekhilafannya. Cara yang paling baik ialah BERTERUS TERANG. Walaupun pahit, cubalah berterus terang untuk memberitahu perkara sebenar. "Slow talk" adalah cara terbaik. Jangan cuba menipu dan terus menipu apabila ditanya. Beribu alasan diberi untuk melindungi perkara sebenar. Ingat, manusia pantang ditipu, baik lelaki mahupun perempuan. Sekali awak menipu, sampai bila-bila pun orang akan ingat.
Sekadar renungan : Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap BOHONG lama-lama
MENCURI. yang ikhlas,
esha .
