Friday, May 27, 2011

materialistic!

ya, saya gadis materialistik !
haha.
ouh please la jangan fikir bukan bukan.
kadang kadang orang cakap duit bukan segalanya
duit bukan jaminan kebahagiaan .
tapi setengah lagi cakap,
no money no talk !
see, everything needs money.

Bagi saya, duit berperanan sangat penting dalam membina sesebuah perhubungan yang lebih jauh
yela, guys!
come on la, tak kan nak pakai duit perempuan?
kan duit suami tu adalah duit isteri
tapi duit isteri adalah duit isteri
maknanya lelaki tak de hak nak ambil duit isteri.

Lagi satu, kalau tak de duit macam mana nak bahagia kalau dgn ikatan kasih sayang je ?
mungkin untuk dua atau tiga tahun boleh la go on lg.
tapi untuk 5 atau 6 tahun akan datang?


so for me, money is one of the important factor to build strong relationship.
giving surprise will make them happy.
sape tak suke, bile birthday dapat hadiah dari yang tersayang. Paling common pun Ferrero Roshe ke?
sape tak suke, bile anniversary bawak pergi dinner. Ekslusif dinner kat restoran 5 star ke.
sape tak suke, bile free spent time pergi tgk wayang, redbox karaoke, boling ke.
sape tak suke, pergi vacation kat mana mana je pusat peranginan.
Tapi semua tu perlukan duit kan.
Alah, ape lah sgt benda tu semua kalau nak dibandingkan dgn kasih sayang yg dorg curahkan dekat korang ?
itulah penting nye duit ! hahaha :P

yes, i agree with : money is everything. no money no talk! ;p

tapi, jangan mudah show off your asset pada perkenalan yang pertama.
takut gadis tu hanya jatuh cinta pada harta anda ! bukan diri anda.

xoxo. 

esha

coklat oh coklat !

assalamualaikum ! :)

coklat oh coklat,
untuk mengubat hati yang duka ini,
i nak buat jugak entry nih.
Disebabkan cuti, i plan la nak buat something
mula mula nak buat cupcake,
tapi lepas difikir2 kan,
i nak buat coklat ! :)
kononnya macam coklat homemade gituuu
i nak buat coklat yang macam nih la :(
atau macam nih 

excited gle ar neyh .
lagi pun, bahan bahan semua dah ade kat rumah.
so why not gune je lah, kan kan ?
jom, layan gmbar dulu :


badam :) badam nih digoreng, nnti nak letak dlm coklat.


ha, yg nih coklat masakan . Beryl's :)

sbenarnye yg nih pon boleh dimakan je, sedap jugak :P

okay, then coklat tu dipanaskan. pakai boiling technique :)

then, masukkan jela dlm bekas2 dia. jangan lupe masukkan badam.

okay, part yg sedeyhnya bile dia tak menjadi seperti yang diharapkan :(
i nak buat bagi keras, yela coklat kan.
then, masuk dalam peti pun still xjadi jugak
last2 i mkn je benda neyh dgn roti
sedap jugak :)
entahla, mungkin silap teknik ke ape ke.
i pun tataw.
huhu.
takpe la, at least i am trying :)
okay, thanks korang kerana baca entry ini. 
muahx muahx .
p/s : next time i nak buat lagi. if jadi, i will show it :)

xoxo,
esha. 


Thursday, May 19, 2011

langgar pantang !

Assalamualaikum ! :)


bercakap pasal pantang larang nih kan, adakah ia mitos semata mata atau realiti ?
kalau orang dulu dulu, banyak kan pantang larangnya.
erm,,,,...contohnya lah yg saya masih ingat lagi :
jangan duduk kat tangga, nanti xde orang nak masok meminang, 
lepas makan basuh tangan cepat2, nanti mak mertua taknak salam, 
jangan nyanyi kat dapur, nnti dapat suami tua!
and kalau mknan tuh sikit je lagi nak habis, tapi semua orang dah taknak sbb kenyang, so nak suh habiskan jugakk mknan tu, dorang akan ckp : sape makan yang last nih, dapat suami hensem ! haha . 
semua benda tuh kalau korang perasan sbenarnye ke arah kebaikan, kan kan . :)


ha, pantang yang saya susah sikit nak terima adalah ais !
tuuu, nampak tak gmbar kat atas.
adduhh!
dah la sekarang cuaca panas, saya disuruh pulak supaya jangan minum ais. 
dahaga dahaga taw takk. 
katanya, nanti kalau minum ais bengkak urat, lambat la sembuh.
ye, saya taw. 
tapi saya tak tahan duhhh.

ehem, awak awak semua, cuba bayangkan :

bayangkan taw ! :) 
di hadapan awak, dekat meja makan.
awak nmpak ada segelas air sejuk.
boleh bayangkan tak ? :)
pehh, dia punye ais n kesejukannya macam nih : 


perghhh!
sape tak terliur woot :)
dia punye sejuk tuh sampai ke luar gelas dah tuh.
puas saya tenung. nak ke tak, nak ke tak.
takkan tenung je kan babe ? *sambil sengih sorang sorang
hehe..sekaliii.........slurrrrpppp :P


okay, motif yg saya nak cakap sebenarnya, hari nih saya da TERlanggar pantang larang supaya jangan minum air yang sejukk. ececehh, TERlanggar konon! hahaha.
sekali je, tak pe kan ? :)
peace !

xoxo,


esha

Wednesday, May 18, 2011

my friends all over the world :)

assalamualaikum! kembali lagi.

hari ni, saya nak bercakap pasal kawan la .
yes, friends :)
dalam dunia nih, ada ke manusia yang tak de kawan ? *eyh, manusia ke ?? haha.
cecite cecite. :)

hey hey,
dengar sini !
Jangan ego sgt, bila gaduh sikit2 taknak kawan dah.
Jangan berlagak sgt, gara2 laki pun blh putus persahabatan.
Jangan rasa diri hebat sgt, dengan kwn pun nak main tikam belakang.
Jangan poyo sangat, kalau cuma nak berkawan dgn kwn yg hot je, sedangkan diri tak sehebat mana. 
Jangan ditindas sangat, kawan yg lemah. 

REMEMBER THIS : Where would we be in this world if we didn't have a friend ??

ehem, nak bagi ucapan raya sikit taw. boleh kan ? sila sila. haha. 
actually, i buat post nih to my beloved and pretty Liyana Hanis, hehe. 
i serba salah, selalu tak jadi je jumpe u kan.
time tu nak final, tak jadi. and now i am not getting well pulak.
so i decide to do this for you.
sweet tak i? hehe *blushing. 
Baca larh, i karang sendiri nih. *cehhhhh, haha :)


 A Best Friend.
A friend that really cares
All my secrets i can share
There when i need a hand
There to understand
 
If i need her at all
She'll be there to stand
Anything i say will be heard
She will listen word by word

If I am late
She will open the gate
As she looks in my eyes
The sparkle she realize
She is the one that cares
And the one thats there

miles away cant keep us apart,
'cause you'll always be in my heart.


Make new friends
But keep the old
One is sliver and the other gold !


xoxo,


esha :)

makan satay !

assalamualaikum! :)

okay, setelah sekian lama berkurung di mahligai nun di atas bukit *ayat tak boleh bla, haha .
after magrib, terus siap siap nak keluar. *tapi dalam 8.30 jugak baru siap
my dad ajak, dye cakap "tak boring ke dok rumah je ?"
saya yang memang kaki melepak *mase sehat2 dulu la :(
terus cakap " haa, boleh2." ecehhh, terus je boleh kan. haha. * sambil senyum2 kambing.
yela, bayangkan....since saya sakit.
dah macam puteri raja da rase *perasan lagi! :P
semua my mum tak bagi i buat.
i nak masak kat dapur, tak bole.
i nak basuh pinggan, tak bagi.
i nak naik atas dalam bilik i pun, tak bagi. * sebab kena naik tangga kan.
boleh kata semua i nak buat dia tak bagi, dia cakap mintak tolong je sape2. jgn la buat sendiri.
wahh, makin ngada ngada la saya jawabnya . yang lain tolong jgn jeles ye :)
bukan ape, my mum cuma takut i jatuh je lagi. sebab da enam kali i jatuh taw. kaki tak kuat lagi.
tapi i still degil, kalau i rasa nak buat, buat jugak :P 



okay, back to our story .
mula mula plan nak g makan kat kota damansara.
tapi tak jadi sebab semua da mengidam nak mkn satay!
so, pergilah dekat restoran jejantas sg.buloh. kat situ ada satay sedap taw.
satay kajang Hj. Samuri....yummy yummy :)
my dad beli 60 cucuk satay. and memang memang tak habis la. wuhuuuu. banyak kutt.

 

kuah dia sedap! 

yummy yummy..lapar takk ? hehe
then, selesai makan. barulah kitorang pergi kota d'sara.
adduhhh! rinduu gile taw x ? macam da lame da tak pegi sane. *walhal baru sebulan . lame tak? hihi
ktorg pergi la kat the curve.
punye la degil, nak jalan jalan sangat kan . * padahal kaki tak sembuh lagi tuh!
pergi lah pusing satu the curve. eyh, tak tak. setengah drpd kawasan the curve tuh.
dalam stengah jam jalan. da tak tahan. kaki da start meragam
serius, rasa lenguh gila. why? because i just stand with only one leg!
so memang lenguh sangat larh.
my mum da start bising sebab i degil nak jugak jalan jalan . my dad relex je, bhahaha :)
time tuh dah nak dekat pkol 11. so, ktorang pun balek.

* ape ape pun, thanx to them :) 

someday everything will all make perfect sense. so for now, laugh at confusion, smile through the tears, and keep reminding yourself that everything happen for a reason :)

henfon pun nak cuti jugak !

assalamualaikum!

al-kisahnyaaaaa~
ada lah seorang hamba allah neyh...ehem2.. :) *perli diri sendiri
punyee la malas nak pergi charge henfon !
rela tengok henfon dia tak bernyawa daripada pergi charge.
oooo, mentang2 cuti sekolah! eyh salah salah.
mentang2 universiti dah cuti, henfon pun nak cuti jugak ek ?
ade aku kesah ?? muahahaha...

yeaaa! saya la rasa2nye satu satu manusia yg boleh hidup tanpa henfon.
woot woot! hebat tak ?? :)
adduhh...biarlah!
henfon saya kan , bluerkk :P


akibatnya :
semua orang marah saya sebab kol kol asyik tak dapat je. sorry la kawan.. sorry la awak :)


* kemalasan memuncak bile time cuti..woo, 4 bulan cuti. naseb la korang.haha. okay okay contact through fb ya. cause hari2 saya online,. so no worries :)

* orang yang 24 jam sentiasa dengan handphone dan tak boleh berenggang langsung CONFIRM dah berpunya...betul tak? :)


Monday, May 16, 2011

happy teachers day, selamat hari guru :)

salam semua :)
and hye for non-muslim.
okay, so hari ini bertarikh 16 may 2011.
whoaaa~hari guru!
serius, rasa cam lama gleee tak rase suasana hari guru.
yela, ble da makin dewasa neyh, cara sambut pun da laen.
tak mcm mase kecik2 dulu kan.*wah, tua sgt da ke aku neyh? haha

Bila tiba hari guru, mesti semua ada kenangan atau memori yg berlaku pada hari tuh kan kan?
same goes to me.
entahlah, saya tataw kenapa.
mungkin teknologi yang dah semakin maju, so upacara bagi hadiah pada guru-guru semakin berkurangan la.
korang perasan tak?
mase saya kecik dulu, mesti setiap student akan bagi hadiah.
Bagi pada guru kelas tu kiranya wajib la.
so, kalau ade 30 student, cikgu mesti akan dapat SEKURANG-KURANGNYA 30 hadiah.

saya bukan apa,
teringat kisah seorang ustazah masa zaman saya sekolah dulu la.
time tu saya kat bilik guru.
ada dua cikgu kat tempat saya berdiri.
saya nampak sorang cikgu ni, ramai sgt student dia datang and wish and bagi hadiah kat dia.
boleh kata, atas meja tu da bnyak gle hadiah. kira, memang ramailah yg bagi hadiah kat cikgu tu.
tapi yang ustazah neyh, dia sorang sorang je. ada la dua tiga orang datang wish, tapi xramai.
and hadiah tak de langsung student dia bagi.
Dan kebetulan saya berdiri kat situ,  saya terdengar ustazah tu bercakap/bersuara kat kwn dia.
situasi nya lebih kurang mcm agak terkilan gitu. 
Dalam hati saya terdetik, kesiannya ustazah nih. tak de org ke nak bagi hadiah. wish ke .
and kebetulan kat tgn saya, ada satu pen.
saya pun hadiahkan pen tu kat ustazah and wish "SELAMAT HARI GURU, USTAZAH"
ustazah pun senyum and peluk saya.
Dalam hati saya, macam sebak jugak la.
where is her student ??


ya, memang guru tak mintak ape ape hadiah sebagai balasan, cukuplah  dgn dapat result yang tinggi.
saya tak taw korang setuju atau tak dgn pendapat saya. Tapi bagi saya, sekurang-kurangnya pergilah wish kat cikgu cikgu yang pernah mengajar korang and bagilah hadiah walaupun sekeping kad sbg tanda terima kasih atas ilmu yang dicurahkan. walau garang macam mana pun guru tu pada student dia, dia sebenarnye mendidik kita menjadi manusia yang berguna. Ingat, tanpa bimbingan guru, tak mungkin kita berada di menara gading seperti sekarang.

*even we are no more in your class, but i will always be your student. thank you teacher for guiding us, inspiring us and making us what we are today :)
   HAPPY TEACHERS DAY !

xoxo,                                                                                                   

esha.

Thursday, May 12, 2011

fahami perempuan :)

okay, saya teringin nak mengupas ada dua jenis sikap perempuan terhadap bf nya :

kategori A :

"ala, aku tak kesah la bf aku ade kwn perempuan ke tak. wtpe nk halang. takkan sebelum neyh dye rapat ngn mmbe2 dye, tapi lepas couple ngn aku makin jauh lak. hey, common la. aku tak suke nak halang dye berkawan ngn sape2 pun. Bagi aku, kalau dye ikhlas ngn aku, xde istilah curang tuh. tapi, andai suatu hari nnti, kantoi dye curang. aku bersyukur. sekurang2nya aku tahu dye bkn yg terbaek utk aku. kau fhm kan? ala, kalau kau ikat dye camne skali pun, jgn rapat ngn pmpuan neyh, jgn rapat ngn pmpuan tuh. kalau bnda nak jadi, jadi gak. sbb tu aku tak suke nak kongkong sgt. kalau dye betol2 ikhlas dgn kt, dye taw sendiri la batasan2 nye kan."

kategori B : 

" aku tak leh doh. aku jeles sgt kalau aku dapat taw dye msg ngn mana2 pmpuan. aku sayang dye kut. Takkan aku nak bagi dye msg ngn sebarangan perempuan. aku bukannye nak kongkong dye, tapi kalau bnda kita boleh elak, kita elak kan. kalau bagi peluang dye msg ngn pmpuan , maknanye kita bagi ruang utk dye mendekati pmpuan tuh. aku tanak! aku jeles sgt2. even dye senyum kat pmpuan pun buat aku jeles gleee, inikan msg, haishhh. tak bole, tak bole. "

HAHA.okay okay. so anda kategori yang mana ? :)

Wednesday, May 11, 2011

if , if and if !




  If I never met you, I wouldn't like you.
  If I didn't like you I wouldn't love you.
  If I didn't love you I wouldn't miss you.
  But the things is
  I did, I do and I always will .

* i miss you more than words can say 


Monday, May 9, 2011

mothers day !


okay okay
nk cte psal mothers day larh
sume org mesti ada cara tersendiri kan
nak appreciate mak/ibu/umi/mummy/mama kan kan ? :)
same goes to me
pagi2 lagi da bangun,
semangat punye pasal, padahal hari laen bangun pkol teeetttt, HAHA :p
i gave her present and there is small card inside it
i really appreciate her for all the things she does.
a lot of things
seriusly, im not expected when she starts to cry
she comes to me, hug me and said "thanxx a lot my dear, thanx for this card"
okay okay
saya sedeyh but im trying to do some jokes to cheer her up
mungkin tersentuh dengan ayat ayat yang ada dalam kad tu
sebab bila saya sakit, saya tak boleh berjalan
dengan hanya menggunakan kerusi roda
dia la satu satu insan yang menemani saya kemana saja saya pergi sampai habis final
i do appreciate u, mum !

*pengorbanan ibu tidak ternilai dan tak mampu dibalas dari saat kita lahir sampailah ke akhir hayat.

Friday, May 6, 2011

final o final!

semester dua da berakhir .
memory is still memory .
macam macam dugaan semester nih.
nak dekat final exam, datang dugaan !
tapi aku anggap semua neyh sebagai ujian dan rahmat dari Allah.
orang kata, kalau ada kesulitan , pasti ada kesenangan .
tengah-tengah serabut
ramai tangan yang datang menghulur bantuan
to my beloved mum,
to my lecturer,
to my friends,
seriously you are the best among the best!

* kadang-kadang, ble kita sakit neyh la baru kita tahu siapa yang benar2 kawan kita :)
   samada yang betul2 ikhlas berkawan dengan kita kerana kita adalah kita atau yang
   hanya berkawan untuk menumpang kesenangan.

  xoxo,

  esha.